Pelancongan | Usaha jadikan Taman Negara Niah Tapak Warisan Dunia

2022-09-22 1

Sarawak berusaha mengangkat Taman Negara Niah sebagai Tapak Warisan Dunia ke-6 dalam negara menjelang tahun 2024.

Pengarah Jabatan Muzium Sarawak, Tajudin Mohtar berkata, tapak bersejarah itu berada dalam senarai tentatif untuk warisan dunia UNESCO tahun 2021.

Jelasnya, langkah akhir kini terletak kepada dapatan penyelidikan dan dokumentasi melalui sektor alam semulajadi dan budaya diperingkat tempatan dan antarabangsa.